TAIPING: Sebanyak 41 persimpangan jalan di Taiping akan ditutup bersempena Sambutan Ulang Tahun ke-150 Bandar Taiping pada Ahad ini.
Ketua Polis Daerah Taiping ACP Razlam Ab Hamid berkata, penutupan persimpangan jalan tersebut akan bermula jam 6 petang dan dijangka tamat 10.30 malam.
"Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping akan membuat penutupan jalan sempena perarakan Program Semarak Taiping 150.
"Perarakan akan bermula di Dataran Warisan Taiping melalui sepanjang Jalan Taming Sari sehingga ke Jalan Idris (Klinik Gigi Ng).
"Seterusnya peserta perarakan akan memasuki Jalan Kota, Jalan Esplanade, melalui hadapan Dewan Majlis Perbandaran Taiping dan akan berakhir di Dataran Warisan Taiping," katanya dalam kenyataan semalam.
Razlam menambah, penutupan jalan akan dibuka secara berperingkat setelah selesai perarakan.
Sehubungan itu, katanya, orang ramai dinasihatkan memberi kerjasama dan mematuhi arahan pihak polis serta merancang perjalanan lebih awal dengan menggunakan laluan alternatif bagi memudahkan perjalanan.
Jalan-jalan dan kawasan yang terlibat dengan penutupan jalan adalah seperti berikut:
- Jalan Tamingsari / Jln Muzium (tutup hala ke Padang Esplanade)
- Jalan Temenggung /Jln Kelab Lama (simpang kuarters Peg. Kanan Polis)
- Jalan Tamingsari / Jln Alang Ahmad
- Jalan Tamingsari / Jalan Manecksha
- Jalan Tamingsari / Jalan Ong Saik
- Jalan Tamingsari / Jalan Lim Tee Hooi
- Jalan Tamingsari / Jalan Lim Teong Chai
- Jalan Tamingsari / Jalan Panglima Ah Chong
- Jalan Tamingsari / Halaman Pasar
- Jalan Tamingsari / Jalan Chung Thye Phin
- Jalan Tamingsari / Jalan Yusuf
- Jalan Tamingsari / Jalan Abd Jalil
- Jalan Tamingsari / Jalan Idris
- Jalan Idris / Jalan Pasar
- Jalan Kota / Jalan Idris
- Jalan Kota / Jalan Iskandar
- Jalan Kota / Jalan Chung Thye Phin
- Jalan Kota / Halaman Pasar
- Jalan Kota / Jalan Lim Teong Chye
- Jalan Kota / Jalan Tupai
- Jalan Kota / Jalan Lim Tee Hooi
- Jalan Kota / Jalan Ong Saik
- Jalan Kota / Jalan Sultan Abdullah
- Jalan Kota / Jalan Manecksha
- Jalan Kota / Jalan Alang Ahmad
- Jalan Kota / Jalan Tokong
- Jalan Kota / Lorong Taman Tasik (tutup hadapan MCD)
- Jalan Esplanade / Jalan Kelab Baru
Aida Aziz
Aida Aziz
Thu Dec 28 2023
Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping akan membuat penutupan jalan berikutkan perarakan Program Semarak Taiping 150 yang akan diadakan sempena Sambutan Ulang Tahun ke-150 Bandar Taiping pada Ahad ini. - Foto MPT
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
PM Slovakia ditembak: Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
[TERKINI] Suspek sudah didakwa atas cubaan membunuh
Penembak itu bertindak bersendirian dan pernah mengambil bahagian dalam protes antikerajaan.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Wanita warga emas maut dilanggar kereta mengundur
Seorang wanita warga emas meninggal dunia dilanggar keretanya sendiri yang bergerak dalam keadaan mengundur, dipercayai akibat terlupa menarik brek tangan.
Perodua Masters: Hampir 300 pemain bakal berentap dalam edisi 2024
Biarpun pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 sudah berakhir, namun kejohanan itu tetap berjaya menarik penyertaan bintang dalam Top10 ranking dunia.
Sistem pendidikan harus di depan, terajui digitalisasi
Apa yang dibimbangi ketika ini ialah jika sistem pendidikan mampu bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan khususnya dalam teknologi digital.
Lebih 1,000 individu ditahan di Kelantan
Polis menahan sejumlah 1,488 individu atas pelbagai kesalahan dadah dalam Operasi Tapis Bersepadu di seluruh Kelantan bagi tempoh 29 April hingga 15 Mei.
2,953 mangsa banjir di empat negeri pagi ini - NADMA
Beberapa sungai didapati masih berada pada paras bahaya di Johor, Kedah, Kelantan, Pahang, Perlis, Sabah, Selangor dan Terengganu.
Banjir: Dua jalan di Mersing ditutup untuk semua kenderaan
Jalan Kampung Orang Asli Peta dan Jalan Tenggaroh Timur-Tanjung Leman ditutup untuk semua kenderaan susulan dinaiki air banjir.
41 persimpangan jalan ditutup sempena Sambutan Ulang Tahun ke-150 Bandar Taiping
Penutupan persimpangan jalan tersebut akan bermula jam 6 petang dan dijangka tamat 10.30 malam.
Jalan Lojing-Gua Musang di Pos Blau ditutup
Hujan lebat berterusan mengakibatkan Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Pos Blau di sini ditutup semula kepada semua kenderaan pada Isnin.
Jalan ditutup sempena Penang 2nd Bridge PDRM 2023 Solidarity Fun Ride
Penutupan dan lencongan jalan akan dibuat secara berperingkat bermula jam 10 malam, 22 Disember hingga jam 3 pagi, 23 Disember ini.
Jalan Sungai Besi ditutup secara berperingkat mulai 2 Okt
Penutupan jalan itu bertujuan membolehkan kerja-kerja pelebaran, pengubahsuaian dan pembinaan jambatan di Bulatan Loke Yew dijalankan.
AKLEH, DUKE antara jalan utama ditutup sempena KLSCM 2023
Acara larian bertaraf antarabangsa yang bermula di Dataran Merdeka itu dijangka disertai kira-kira 25,000 peserta dari dalam dan luar negara.
Ambang Merdeka: Polis Ipoh laksana lencongan, penutupan jalan
Antara jalan yang terlibat adalah Bulatan Sultan Azlan Shah, Lebuh Meru Raya, Persiaran Meru Raya 1 dan Persiaran Meru Raya 2.
Zon Bebas Kenderaan: Sebahagian jalan di Banda Hilir akan ditutup setiap Sabtu
Sebahagian jalan di sekitar Banda Hilir akan ditutup selama enam jam setiap Sabtu bermula minggu ini sebagai langkah percubaan pelaksanaan "Zon Bebas Kenderaan".
Beberapa jalan di Bukit Mertajam ditutup esok dan Ahad sempena sambutan St Anne
Penutupan jalan itu akan bermula jam 9 pagi Sabtu hingga jam 3 petang keesokannya membabitkan laluan dari Bukit Mertajam ke Kulim, Kedah dan sebaliknya.